Kemalangan nuklear Fukushima merupakan krisis pencemaran nuklear akibat kerosakan dan pelepasan bahan radioaktif di Loji Kuasa Nuklear Fukushima , akibat bencana gempa bumi dan tsunami raksasa yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011. Loji ini terdiri daripada enam buah reaktor air didih yang diselenggara oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
Reaktor 4, 5 dan 6 ditutup sebelum bencana gempa kerana hendak menjalani pemeriksaan. Reaktor-reaktor yang lain pula ditutup secara automatik selepas gempa, kemudian penjana kecemasan dipasang untuk memacu pam air yang diperlukan untuk menyejukkannya.
Loji ini dilindungi oleh sebuah benteng laut yang direka untuk menahan tsunami setinggi 5.7 metre (19 ft), tetapi beberapa minit selepas gempa, benteng itu dilanggar lalu mudah ditumbangkan oleh sebuah ombak tsunami raksasa setinggi 14-metre (46 ft). Seluruh loji, termasuklah bangunan penjana yang terletak di tanah rendah, pun dilimpahi air laut. Akibatnya, penjana elektrik itu terputus dan reaktor-reaktor itu mula terlebih panas akibat penguraian sisa radioaktif secara semula jadi yang masih terkandung dalamnya. Pembanjiran dan kerosakan gempa menghalang usaha menyelamat yang didatangkan dari tempat lain.
Tragedi radiasi nuklear Fukushima,Japan berlaku akibat Tsunami 2011 yang mengakibatkan reactor nuklear bocor. Kejadian ini mengakibatkan seluruh kawasan fukushima terkena radiasi nuklear yang tinggi...kerajaan jepun menyuruh seluruh penduduk mengosongkan kawasan fukushima. Sehingga hari ini 1/3 air laut dicemari radiasi nuklear dari tragedi fukushima...gambar dibawah adalah sebahagian kenderaan dan barang-barang penduduk yang ditinggalkan pada 2011 sehingga hari ini.

No comments:
Post a Comment