Bencana Chernobyl ialah sebuah kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine, yang ketika itu berada dalam bidang kuasa langsung pihak berkuasa pusat di Moscow. Sebuah kejadian letupan dan kebakaran melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif ke dalam atmosfera, yang tersebar ke sebahagian besar Eropah Timur.
Ia dianggap ramai sebagai kemalangan logi kuasa nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah, dan juga merupakan yang pertama daripada dua kejadian yang diberi taraf 7 dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa. Usaha menahan peluasan pencemaran serta mengelakkan berlakunya malapetaka yang lebih besar melibatkan lebih 500,000 orang pekerja dan menelan belanja kira-kira 18 bilion ruble, sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi Soviet.
(Gambar Sebelum dan Selepas)
Bencana ini berlaku sewaktu sesi ujian sistem pada hari Sabtu, 26 April 1986 di reaktor nombor empat loji Chernobyl yang terletak dekat dengan bandaraya Prypiat dan juga dekat sekali dengan sempadan Belarus dan Sungai Dnieper. Secara tiba-tiba, berlakunya pertambahan keluaran kuasa yang mendadak; apabila pihak loji cuba melakukan penutupan kecemasan, terjadi pula kenaikan keluaran kuasa yang lebih melampau, sehingga bekas reaktor pecah dan berlakunya beberapa letupan.
Kejadian-kejadian ini mendedahkan penyerdehana grafit reaktor ke dalam udara dan menyebabkannya bernyala. Kebakaran yang tercetus itu melepaskan sekepul luruhan asap yang amat radioaktif ke dalam atmosfera dan ke seluruh kawasan yang besar termasuk Pripyat. Kepulan itu tersebar ke merata tempat di rantau barat Kesatuan Soviet dan Eropah. Pada tahun 1986 hingga 2000, 350,400 orang dipindahkan dari kawasan-kawasan yang paling teruk tercemar di Belarus, Russia, dan Ukraine.
(Bangunan2 yang terbiar selepas tragedi letupan loji nuklear
Chernobyl)
Russia, Ukraine, dan Belarus sama-sama dibebankan dengan perbelanjaan pembersihan dan penjagaan kesihatan yang cukup banyak dan masih meningkat akibat kemalangan Chernobyl. Satu laporan dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengkaji kesan kemalangan tersebut kepada alam sekitar. Anggaran bilangan kematian yang mungkin berpunca daripada kemalangan itu sangat berbeza-beza: 31 kematian didapati berpunca secara langsung daripada kemalangan itu, kesemuanya di kalangan kakitangan reaktor dan para petugas kecemasan.
Satu laporan UNSCEAR menetapkan jumlah kematian yang disahkan akibat radiasi pada 64 orang setakat tahun 2008. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa jumlah kematian itu mungkin mencecah 4,000 orang awam, tidak termasuk pekerja pembersihan dari tentera
. Satu lagi laporan menduga seramai 30,000 hingga 60,000 kematian akibat penyakit barah daripada luruhan Chernobyl,tetapi satu laporan Greenpeace menganggarkan jumlah mangsa itu seramai 200,000 orang mangsa. Senaskhah kertas kerja Rusia yang bertajuk Chernobyl membuat kesimpulan bahawa 985,000 kematian akibat barah pramatang berlaku di seluruh dunia pada tahun-tahun 1986 hingga 2004 akibat pencemaran radioaktif dari Chernobyl.
(Sebahagian kenderaan yang terkena radiasi dilupuskan.)
(Terjadi mutasi pada badan manusia.)
(Taman tema (fun fair) yang terbiar selepas tragedi)






















The second picture on this page is false. Im talking about the before and after of Chernobyl. The before picture was actual after the second picture and you can tell that by the curved roof that was put on in an effort to cover up the radiation.
ReplyDelete