Thursday, 8 October 2020

PKPB Klang Hanya Libatkan Mukim Klang, Pasar Malam Tidak Dibenarkan Beroperasi

 

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini (9 Okt), hanya melibatkan kawasan di mukim Klang sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Friday, 15 March 2019

40 Maut serangan penganas di New Zealand.

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. 40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Sunday, 3 December 2017

Lelaki Kongsi Chat Diayat Budak 12 Tahun, Serious Kelakar! |


Pasti Korang Akan Ketawa Apabila Membacanya..Cintaku Berputik Saat Pertama Kali Memandang Gambarmu 

Tuesday, 28 November 2017

Tragedi Chernobyl !

Bencana Chernobyl  ialah sebuah kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Loji Kuasa Nuklear ChernobylUkraine, yang ketika itu berada dalam bidang kuasa langsung pihak berkuasa pusat di Moscow. Sebuah kejadian letupan dan kebakaran melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif ke dalam atmosfera, yang tersebar ke sebahagian besar Eropah Timur.


Ia dianggap ramai sebagai kemalangan logi kuasa nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah, dan juga merupakan yang pertama daripada dua kejadian yang diberi taraf 7 dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa. Usaha menahan peluasan pencemaran serta mengelakkan berlakunya malapetaka yang lebih besar melibatkan lebih 500,000 orang pekerja dan menelan belanja kira-kira 18 bilion ruble, sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi Soviet.

Monday, 27 November 2017

Kemalangan Nuklear Fukushima !

Kemalangan nuklear Fukushima merupakan krisis pencemaran nuklear akibat kerosakan dan pelepasan bahan radioaktif di Loji Kuasa Nuklear Fukushima , akibat bencana gempa bumi dan tsunami raksasa yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011. Loji ini terdiri daripada enam buah reaktor air didih yang diselenggara oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

Reaktor 4, 5 dan 6 ditutup sebelum bencana gempa kerana hendak menjalani pemeriksaan. Reaktor-reaktor yang lain pula ditutup secara automatik selepas gempa, kemudian penjana kecemasan dipasang untuk memacu pam air yang diperlukan untuk menyejukkannya.